Thursday 22 September 2011

11 jenis manusia didoa Malaikat...

PERCAYA kpd Malaikat merupakan salah satu drpd rukun iman..Ada juga Malaikat yg ditugaskan untuk 
berdoa kpd makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan Malaikat mendapat keistimewaan..


Ketika kita menghadapi masalah,kerumitan,keperluan,dan bimbingan,bukan saja kita memerlukan kekuatan
doa dari lidah,tetapi juga sokongan daripada Malaikat..Antara orang yang mandapat doa Malaikat ialah :


1.Orang yang tidur dalam keadaan bersuci..Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya :
  "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,Malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya..
    Dia tidak akan bangun hingga Malaikat berdoa : "Ya Allah,ampunilah hamba-Mu si fulan
    kerana tidur dalam keadaan suci.."




2.Orang yang duduk menunggu waktu solat..Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya :
  "Tidaklah salah seorang daripada kalian menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci,
    kecuali kalangan Malaikat akan mendoakannya : "Ya Allah,ampunilah ia..Ya Allah,
    sayangilah dia.."                                   


3.Orang yang berada di saf depan solat berjemaah..Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya :
  "Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada 
    pada saf depan.."


4.Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah..Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya :
  "Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat selalu berselawat kepada orang yang 
    menyambung saf.."


5.Kalangan Malaikat mengucapkan 'amin'ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah..
   Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya :
 "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir Al-Fatihah sehingga selesai),ucapkanlah oleh
   kamu 'aaminn' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan Malaikat,dia
   akan diampuni dosanya yang lalu.."


6.Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat..Rasulullah S.A.W. bersabda,
   maksudnya :
 "Kalangan Malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam 
   tempat solat,di mana ia melakukan solat.."


7.Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah..Rasulullah S.A.W. bersabda
   maksudnya :
 "Kalangan Malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu Malaikat (yang menyertai hamba)
   pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh)naik (ke langit) dan 
  Malaikat pada siang hari tetap tinggal.."Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat 
  Asar dan Malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada
  mereka : "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: "Kami datang
  sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka 
  sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.."


8.Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang di doakan..Rasulullah 
   S.A.W. bersabda,maksudnya :
 "Doa seseorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang 
   di doakannya adalah doa yang akan dikabulkan..Pada kepalanya ada seorang Malaikat yang 
   menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan sebuah kebaikan, 
   Malaikat itu berkata 'aaminn' dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.."


9.Orang yang membelanjakan harta (infak)..Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya :
 "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua Malaikat 
   turun kepadanya,satu antara kedua-duanya berkata : "Ya Allah,berikanlah ganti bagi orang 
   yang berinfak.."


10.Orang sedang makan sahur.. Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya :
  "Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang 
    bersahur.."


11.Orang yang sedang melawat orang sakit..Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya :
  "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 
    Malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di 
    waktu malam hingga Subuh.."


                                         

Saturday 10 September 2011

setiap wanita itu cantik..


suatu hari seorang kanak-kanak lelaki bertanya kepada ibunya

       "Mengapa ibu menangis??"


       "Kerana ibu seorang wanita.." dia berkata kepada anaknya..

       "Saya tidak mengerti.." jawab anak kecil tersebut..

        Ibu memeluk anaknye dan berkata, "Dan kamu tidak akan pernah mengerti.."

     
kemudian anak lelaki tersebut bertanya kepada ayahnya

         "Mengapa ibu menangis tanpa ada alasan??"


         "Semua wanita menangis tanpa ada alasan.." hanya itu yang dapat dikatakan ayahnya..


 Anak lelaki itu membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa,dan masih merasa hairan
 mengapa wanita menangis..


Akhirnya dia mengadu pada Tuhan dan dia bertanya,

     "Tuhan,mengapa wanita begitu mudah menangis??"

     Tuhan berkata, "Aku menciptakan wanita istimewa..Aku menciptakan baginya bahu 
     yang kuat untuk memikul beban dunia,tetapi begitu lembut sehingga dapat memberikan     
    kenyamanan.."   


    "Aku memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan kerenah daripada anak
      anaknya.."


     "Aku memberinya keteguhan yang membuatnya dapat tetap bertahan disaat semua 
       orang sudah menyerah,dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh 
       saat sedang lelah mhupun sakit.."


     "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun,
       meskipun mereka menyakitinya.."


     "Aku memberinya kekuatan untuk dapat memaklumkan kesalahan-kesalahan suaminya,
       menciptanya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.."


     "Aku memberinya kearifan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak 
       akan pernah menyakiti isterinya,tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan
       hatinya untuk tetap teguh mendampingi suaminya.."


     "Dan akhirnya aku memberinya air mata untuk dicurahkan..ini khusus miliknya untuk 
       digunakan bila-bila pun diperlukan.."


      "Kau lihat,kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya,
        penampilan luarannya,atau cara dia menyisir rambutnya.."


                      "Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui
                matanya,kerana matanya adalah pintu menuju 
               hatinya,tempat dimana cinta bersemayam.."


         SETIAP WANITA ITU CANTIK..

                                               

Wednesday 7 September 2011

susahnya jd wanita...

Kaum Hawa selalu mengeluh dan melafazkan "susahnya jadi wanita",mereka mempersoalkan ketentuan
Allah terhadap mereka..Dengan kata lain yang agak kasar,Allah berat sebelah dan meletakkan wanita
dalam keadaan tertindas..


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita,dan menuntut hak sama rata
antara gender,mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan..


kaum lelaki pula cakap,"Ah,mujur aku lelaki"..


Tunggu!!!


Perempuan:
"Aduh,situ tutup,sini tutup,susah la gini..Apasal lelaki senang je..Tak pakai baju pun tak pe..
  Perempuan auratnya lagi banyak.."


          ** "Cik adik,Islam lah yang mengangkat aurat wanita..Benda yang mahal,harganya
                 akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik..
                 Awak ada emas dan permata,adkah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu
                 lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu??Ok,kalau
                 awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang,agaknya apa akan jadi dengan
                 perhiasan tadi??Lelaki,yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut..Tapi awak??
                 Lelaki tidak dapat melihat kulit awak pun kecuali muka dan tapak tangan!!
                 Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok lelaki hanya berseluar 
                 pendek ke lutut kan??Tapi kalau sebaliknya,jangankan lelaki,tapi tok imam 
                 pun akan tercabut serbannya jika awak pakai hanya seluar pendek!!"


Perempuan:
"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita,padahal suami kita
  nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita tak pe pulak.."


            ** "Ok,isteri perlu taat pada suami..Jadi lelaki apa??Suami perlu wajib taat juga
                   pada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya,walaupun dia sudah berkeluarga..
                   Isteri tidak perlu lagi,taatnya hanya pada suami..Kenapa awak perlu taat pada 
                   suami??Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!!"


Perempuan:
"Jika ikut faraid dalam hal pusaka,rugilah kita..Sebab bahagian harta pusaka perempuan 
  sikit berbanding harta yang anak lelaki dapat..Kami mahu keadilan!!"


              ** "Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit dari lelaki??Tapi kan,
                     harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang
                     dia mahu..Shhh..jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami..Tak kesian 
                     pada lelaki ke,dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan 
                     anak-anaknya..Kalau isteri dia ramai,anak dia ramai,harta pulak secebis,
                     tak merasa lah jawabnya!!"


Perempuan:
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak..Suami
  kita relaks saja??Masa buat anak carilah kita,masa nak beranak kita tanggung sendiri.."


                 ** "Tahniah lah sebab awak dapat mengandung dan melahirkan..Setiap kali
                        awak begitu,wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat!!
                        Beruntungnya awak!!Andaikan awak meninggal pula pada masa beranak
                       itu,percayalah....itu mati syahid dan ganjarannya syurga..Ya syurga 
                       menanti awak,malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!!Sebab itu 
                       tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan.."


Perempuan:
"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami,tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada
  isterinya??mana keadilan pada kaum hawa??"


                  ** "Akhirat nanti,semua lelaki didunia ini akan diminta bertanggungjawab  
                         keatas empat jenis wanita,siapa??Wanita itu ialah ibu mereka,isteri mereka,
                         anak perempuan dan adik perempuan mereka..Tahu maksudnya??awak nanti
                         diakhirat,awak akan dibantu oleh empat lelaki!!Siapa mereka??mereka ialah
                         suami,ayah,adik atau abg malah anak lelaki awak sendiri!!"
                       
 Perempuan:
"Bila nak cerai je,suami yang boleh jatuhkan talak..Kenapa isteri tak boleh ceraikan
  suaminya??kenapa??"


                   ** "Sebagai seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah..Awak seorang wanita jika
                          taat kepada suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah,
                          maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi 
                          berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!!"


Perempuan:
"Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki,sebab bila kita ada haid dan nifas,tak bole 
  nak solat dan pose..Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan pose??"


                    ** "Nak beribadat macam lelaki??Ingat mudah ke nak dapat syurga??Sedarlah
                           kita sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang kita sukai..
                           Ya,dah la syurga,ada pilihan pula hanya dengan empat cara..Apa itu??
                           Solat lima waktu,berpuasa pada bulan Ramadhan,menjaga kehormatan,
                           dan tahu apa satu lagi??taat pada suami awak..Itu saja asasnya!!"


Sebenarnya apa lagi kita mahu wahai kaum Hawa??


Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya,sampai kiat ikut dan tunduk kepada cara-cara
dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka..


Allah yang menciptakan kita,maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia,sehingga segala 
hukumNya malah peraturanNya,tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan
yang dicipta manusia..
Wahai lelaki,jagalah isterimu kerana dia perhiasan,pakaian,dan ladangmu,sebagaimana Rasulullah S.A.W 
pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian..


            "Berbahagialah wahai para muslimah..Tunaikan
       dan tegakkanlah agamamu,nescaya syurga menanti.."


                               
          

Sunday 4 September 2011

Doa utk mereka yang bercouple..

~DOA PERTAMA~


Ya Allah..peliharakanlah hubungan kami supaya hubungan kami tidak dicemari oleh dosa-dosa zina..
kekalkanlah hubungan kami..semoga hubungan kami berlanjutan sehingga ke hubungan yang halal..
dan seterusnya,sehingga akhir hayat kami..jika diizinkan oleh-Mu Ya Allah,satukanlah kami di dunia 
dan di akhirat kelak..jauhkanlah hubungan kami dari godaan dan hasutan syaitan yang direjam..
sesungguhnya kami memohon keredhaan-Mu Ya Allah..tentukanlah yang terbaik untuk hubungan
kami..dan satukanlah hubungan kami selamanya..






~DOA KEDUA~


Ya Allah..redhakanlah aku dengan apa yang Engkau tentukan untuk aku ini..sesungguhnya Engkau
Maha Mengetahui,sedangkan aku tidak mengetahui..jika sudah tertulis dia bukan jodohku,maka Engkau buangkanlah perasaan yang ada dalam hatiku ini..jika dia jodohku,maka Engkau lahirkanlah
perasaan cintaku pada dirinya..Ya Allah..jika benar aku bukan tercipta dari tulang rusuk kirinya,
maka aku redha..Engkau tentukanlah yang terbaik untukku..jika Engkau sedang menguji aku 
Ya Allah,maka permudahkanlah ujian ini..aku tahu sesungguhnya Engkau tidak akan menguji 
hamba-Mu itu melampaui batas kemampuannya....