Thursday 22 September 2011

11 jenis manusia didoa Malaikat...

PERCAYA kpd Malaikat merupakan salah satu drpd rukun iman..Ada juga Malaikat yg ditugaskan untuk 
berdoa kpd makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan Malaikat mendapat keistimewaan..


Ketika kita menghadapi masalah,kerumitan,keperluan,dan bimbingan,bukan saja kita memerlukan kekuatan
doa dari lidah,tetapi juga sokongan daripada Malaikat..Antara orang yang mandapat doa Malaikat ialah :


1.Orang yang tidur dalam keadaan bersuci..Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya :
  "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,Malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya..
    Dia tidak akan bangun hingga Malaikat berdoa : "Ya Allah,ampunilah hamba-Mu si fulan
    kerana tidur dalam keadaan suci.."




2.Orang yang duduk menunggu waktu solat..Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya :
  "Tidaklah salah seorang daripada kalian menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci,
    kecuali kalangan Malaikat akan mendoakannya : "Ya Allah,ampunilah ia..Ya Allah,
    sayangilah dia.."                                   


3.Orang yang berada di saf depan solat berjemaah..Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya :
  "Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada 
    pada saf depan.."


4.Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah..Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya :
  "Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat selalu berselawat kepada orang yang 
    menyambung saf.."


5.Kalangan Malaikat mengucapkan 'amin'ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah..
   Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya :
 "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir Al-Fatihah sehingga selesai),ucapkanlah oleh
   kamu 'aaminn' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan Malaikat,dia
   akan diampuni dosanya yang lalu.."


6.Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat..Rasulullah S.A.W. bersabda,
   maksudnya :
 "Kalangan Malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam 
   tempat solat,di mana ia melakukan solat.."


7.Orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah..Rasulullah S.A.W. bersabda
   maksudnya :
 "Kalangan Malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu Malaikat (yang menyertai hamba)
   pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh)naik (ke langit) dan 
  Malaikat pada siang hari tetap tinggal.."Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat 
  Asar dan Malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada
  mereka : "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: "Kami datang
  sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka 
  sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.."


8.Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang di doakan..Rasulullah 
   S.A.W. bersabda,maksudnya :
 "Doa seseorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang 
   di doakannya adalah doa yang akan dikabulkan..Pada kepalanya ada seorang Malaikat yang 
   menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan sebuah kebaikan, 
   Malaikat itu berkata 'aaminn' dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.."


9.Orang yang membelanjakan harta (infak)..Rasulullah S.A.W. bersabda,maksudnya :
 "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua Malaikat 
   turun kepadanya,satu antara kedua-duanya berkata : "Ya Allah,berikanlah ganti bagi orang 
   yang berinfak.."


10.Orang sedang makan sahur.. Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya :
  "Sesungguhnya Allah dan kalangan Malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang 
    bersahur.."


11.Orang yang sedang melawat orang sakit..Rasulullah S.A.W bersabda,maksudnya :
  "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 
    Malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di 
    waktu malam hingga Subuh.."


                                         

No comments:

Post a Comment