Kaum Hawa selalu mengeluh dan melafazkan "susahnya jadi wanita",mereka mempersoalkan ketentuan
Allah terhadap mereka..Dengan kata lain yang agak kasar,Allah berat sebelah dan meletakkan wanita
dalam keadaan tertindas..
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita,dan menuntut hak sama rata
antara gender,mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan..
kaum lelaki pula cakap,"Ah,mujur aku lelaki"..
Tunggu!!!
Perempuan:
"Aduh,situ tutup,sini tutup,susah la gini..Apasal lelaki senang je..Tak pakai baju pun tak pe..
Perempuan auratnya lagi banyak.."
** "Cik adik,Islam lah yang mengangkat aurat wanita..Benda yang mahal,harganya
akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik..
Awak ada emas dan permata,adkah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu
lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu??Ok,kalau
awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang,agaknya apa akan jadi dengan
perhiasan tadi??Lelaki,yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut..Tapi awak??
Lelaki tidak dapat melihat kulit awak pun kecuali muka dan tapak tangan!!
Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok lelaki hanya berseluar
pendek ke lutut kan??Tapi kalau sebaliknya,jangankan lelaki,tapi tok imam
pun akan tercabut serbannya jika awak pakai hanya seluar pendek!!"
Perempuan:
"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita,padahal suami kita
nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita tak pe pulak.."
** "Ok,isteri perlu taat pada suami..Jadi lelaki apa??Suami perlu wajib taat juga
pada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya,walaupun dia sudah berkeluarga..
Isteri tidak perlu lagi,taatnya hanya pada suami..Kenapa awak perlu taat pada
suami??Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!!"
Perempuan:
"Jika ikut faraid dalam hal pusaka,rugilah kita..Sebab bahagian harta pusaka perempuan
sikit berbanding harta yang anak lelaki dapat..Kami mahu keadilan!!"
** "Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit dari lelaki??Tapi kan,
harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang
dia mahu..Shhh..jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami..Tak kesian
pada lelaki ke,dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan
anak-anaknya..Kalau isteri dia ramai,anak dia ramai,harta pulak secebis,
tak merasa lah jawabnya!!"
Perempuan:
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak..Suami
kita relaks saja??Masa buat anak carilah kita,masa nak beranak kita tanggung sendiri.."
** "Tahniah lah sebab awak dapat mengandung dan melahirkan..Setiap kali
awak begitu,wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat!!
Beruntungnya awak!!Andaikan awak meninggal pula pada masa beranak
itu,percayalah....itu mati syahid dan ganjarannya syurga..Ya syurga
menanti awak,malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!!Sebab itu
tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan.."
Perempuan:
"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami,tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada
isterinya??mana keadilan pada kaum hawa??"
** "Akhirat nanti,semua lelaki didunia ini akan diminta bertanggungjawab
keatas empat jenis wanita,siapa??Wanita itu ialah ibu mereka,isteri mereka,
anak perempuan dan adik perempuan mereka..Tahu maksudnya??awak nanti
diakhirat,awak akan dibantu oleh empat lelaki!!Siapa mereka??mereka ialah
suami,ayah,adik atau abg malah anak lelaki awak sendiri!!"
Perempuan:
"Bila nak cerai je,suami yang boleh jatuhkan talak..Kenapa isteri tak boleh ceraikan
suaminya??kenapa??"
** "Sebagai seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah..Awak seorang wanita jika
taat kepada suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah,
maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi
berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!!"
Perempuan:
"Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki,sebab bila kita ada haid dan nifas,tak bole
nak solat dan pose..Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan pose??"
** "Nak beribadat macam lelaki??Ingat mudah ke nak dapat syurga??Sedarlah
kita sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang kita sukai..
Ya,dah la syurga,ada pilihan pula hanya dengan empat cara..Apa itu??
Solat lima waktu,berpuasa pada bulan Ramadhan,menjaga kehormatan,
dan tahu apa satu lagi??taat pada suami awak..Itu saja asasnya!!"
Sebenarnya apa lagi kita mahu wahai kaum Hawa??
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya,sampai kiat ikut dan tunduk kepada cara-cara
dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka..
Allah yang menciptakan kita,maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia,sehingga segala
hukumNya malah peraturanNya,tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan
yang dicipta manusia..
Wahai lelaki,jagalah isterimu kerana dia perhiasan,pakaian,dan ladangmu,sebagaimana Rasulullah S.A.W
pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian..
"Berbahagialah wahai para muslimah..Tunaikan
dan tegakkanlah agamamu,nescaya syurga menanti.."
No comments:
Post a Comment